May 25, 2012



"Berkawanlah pakai hati. Care for each other. Satu jatuh, yang lain tolong bangkitkan. Jangan cuma tahu gelakkan. Biar ketawa sama sama, nangis sama sama" - Shareh

Sharah , Amir , Arman , kawan dari kecil . sampai sekarang . walaupun ramai lagi kawan yang masih terus berhubung tapi aku rasa keikhlasan tu yang membezakan mereka dengan orang lain . kawan lain boleh cakap "rindu" , "nak jumpa" , "bila nak buat reunion ?" . tapi kalau kata-kata tu sekadar nak sedapkan hati , sekadar nak jadikan topik dalam perbualan , aku rasa tak perlu . sebab kata-kata tanpa tindakan , tidak bermakna apa-apa . 

Arman , dah ke UPNM dulu . lepastu Amir dan Sharah akan ke UIA . kami makin jauh , tapi hati dan persahabatan tidak akan 'jauh' . 

Ayat terakhir yang Sharah dan Amir cakap kat aku ;

"kau jaga diri kat sana nanti . kalau ada apa-apa masalah , call kitaorang , cerita kat kitaorang"

aku tahan airmata aku masa tu . aku tahan . sebab diaorang ada lagi depan mata aku , diaorang ada lagi di sisi aku . jadi aku tak boleh nangis . aku mesti kuat .


salah satu punca kekuatan aku , tak kira masa dan ketika 

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA ,
Naj , Sharah , Amir , Arman

KEHIDUPAN






"One loyal friend is worth ten thousand relatives"

semua orang sedang menghitung hari . menghitung hari untuk sesuatu . menghitung hari untuk mencapai hala tuju hidup . masa depan yang selama ini dianggap masih lama lagi untuk difikirkan sudah layak untuk menjadi tajuk utama dalam setiap perbualan . masing-masing akan memiliki hala tuju sendiri . perjalanan 5 tahun , kehidupan zaman persekolahan , banyak mengajar erti kehidupan sebenar . erti persahabatan , erti nikmat berkongsi , erti penat lelah , erti susah senang bersama , dan erti segalanya yang mungkin pahit atau manis untuk ditelan . mungkin selepas ini kita tidak lagi berpeluang duduk di dalam satu kelas , bergurau senda bersama , bergelak ketawa bersama tetapi erti persahabatan itu lagi berharga dari segalanya . "kita kawan pakai hati , jadi hati itu sentiasa ada selagi kita bernyawa"

wassalam

CERITA BARU


" pengalaman mematangkan manusia "

aku mendapat ilham untuk ber-blogging semula . bukan berniat untuk menjaja diari hidup . namun , sekadar untuk berkongsi cerita . cerita dalam realiti . realiti seorang hamba-Nya .